Tuesday, October 18, 2016

Rockbund Fishing Chalet, Marina Island, Lumut

Hi semua, kalini Aiman nak cerita pasal satu port memancing yang baik punya dekat Lumut. Okay tempat ni sekitar Pulau Pangkor jugak (tapi tak payah naik feri sebab dia kat Lumut je) so agak senang nak jumpa. Mana-mana kaki pancing tu boleh datang sini nak santai-santai rilek-rilek. Boleh memancing sampai pagi takdahal tak orang nak marah. Isteri dan anak anak boleh rilek dalam bilik tengok tv ke apa ke hehe.



See, tenang-tenang je kan suasana dia. Santai layan angin tepi laut.




Bob ni suka amek gambar-gambar waktu Aiman tak ready ...


Eh eh! Nak terjatuh pulak hahaha.


Bilik semua cantik cantik. Selesa dan kemas. Luar pun cat dia lawa-lawa. Oh ya, bilik ni bederet sebelah-sebelah tau. (suruh posing dia acah-acah candid pulak bob ni)



Adik si bob ni pulak tak habis-habis main phone. Sambil-sambil tu layan astro hihi.


Antara pemancing yang sedang memancing hahaha macam mana tu ...


Okay ni aktiviti main bakar-bakar. BBQ!!! Rockbound Fishing Chalet ni ada provide peralatan BBQ untuk disewa yang berharga RM90 lengkap dengan pinggan foam. Macam biasa bila waktu BBQ kitorang masing-masing ada tugas. Ada yang kena menyalakankan api, ada yang kena cari spot untuk letak spotlight, ada yang kena susun makanan ada tukang bakar hehe macam-macam lah. Aiman waktu ni jadi photographer so senang sikit kerja hihi.


Sila nikmati pemandangan indah ini ...


Okay berenam kalini campur sepupu kecik dari Taiping. 


Semua dah kenyang. Ada yang masuk bilik ada yang berborak dan ada yang main mercun. Haha ye Aiman yang main mercun tu dengan sepupu-sepupu. Perut dah kenyang hati pun dah senang. Jom tido esok nak pergi tempat lain.

Okay tu je nak cerita pasal Rockbound Fishing Chalet. Byeee!


1 comment:

  1. 3D and 3D graphics for the production of metal chips - Titanium
    3D and titanium exhaust tubing 3D graphics for the mens titanium wedding rings production of venza titanium glow metal chips. This titanium grey page is for the production of metal chips for 2018 ford ecosport titanium production of metal chips. This page is for the production

    ReplyDelete