Saturday, October 15, 2016

Konvoi Bersama Felcra ...

Hi semua, apa khabar? Sihat semuanya? Alhamdulillah. Aiman pun sihat. Bukannya tak update blog ni sebab tak sihat. Kali ni aiman nak cerita pasal konvoi. Bukan konvoi biasa biasa tau. Ni konvoi bersama Felcra Berhad. Konvoi ni bermula dari Sri Pentas Tv3 lepas tu jumpa dengan group lain di RNR Sg Buloh. Dekat RNR Sg Buloh ni aiman dengan mama berkumpul dengan 'members of media' yang lain. Aiman kenal Komuniti Hai Blogger je waktu ni. Ada a few yang aiman tak kenal. Bukan aiman sombong ke apa ke. Tak kenal makan tak cinta kan. Eh! Lari tajuk pulak hehe.


     Okay semua dah ready. 50 bijik kereta sempena 50 tahun Felcra. Banyak kan? Kitorang dijaga oleh Abang marshall yang naik superbike berdesup desup tu. hehe jom kita gerak ...


                                                                                                                                                                    Jam 2:30 petang kitorang tiba ke Perkampungan Felcra Lekir. Ketibaan kitorang disambut dengan paluan kompang dan persembahan silat. Apa yang specialnya ialah kesemuanya yang buat persembahan ni adalah orang kampung ni. Sampai sampai je jamah durian hehe semua hantu durian. Hidangan utama makanan ala kampung. Berebut nak amek masing-masing lapar. Alhamdulillah kenyang lepas tu. Nak cerita sikit pasal Felcra Berhad ni. 

FELCRA atau nama asalnya Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan ditubuhkan pada tahun 1966 dengan tujuan untuk membangunkan ekonomi luar bandar melalui bidang pertanian iaitu dalam sektor padi, getah dan kelapa sawit, khususnya.

FELCRA menaiktaraf statusnya kepada Syarikat Milik Kerajaan pada 1 September 1997 dan namanya ditukar kepada FELCRA Berhad, Ini bagi membolehkan FELCRA Berhad menyusuri bidang perniagaan yang baru selaras dengan aspirasi pembangunan nasional.

Tahun ini genaplah 50 tahun usia FELCRA Berhad dan Konvoi Kembara Media ini dianjurkan bagi meraikan 50 Tahun Jubli Emas FELCRA bertujuan untuk memberi pendedahan lebih lanjut berkenaan dengan fungsi, matlamat dan kejayaan FELCRA Berhad untuk kita kongsi bersama.


Lepas habis makan kitorang dibawa melawat Perkampungan Felcra Lekir menaiki lori comel ni. Kreatif dorang hias-hias lori hehe. Pakcik ni apa nama dia aiman lupa *sorry pakcik* Dia menceritakan sejarah kampung ni dekat kitorang. Antara orang terawal di Perkampungan Felcra Lekir. 





Macam-macam ada dekat Perkampungann ni rupanya. Ada sekolah ada klinik dan ada homestay! Fuh tak sangka kan. Seronok dengar macam mana diorang bangunkan perkampungan ni. 



Malamnya pulak kitorang ada Networking Dinner bersama Pengerusi Felcra Berhad YB Datuk Bung Mokhtar Radin. Dengar ucapan ringkas lepas tu makan. Enjoy makan dan enjoy dengan orang 'berkaraoke' 




Keesokan paginya kitorang pergi ke Pusat Komersil Pembenihan Padi di Felcra Plantation Services, Seberang Perak. Felcra Berhad Seberang Perak ni adalah yang terbesar di negara kita iaitu dengan kawasan seluas 80,000 hektar. Lepas tu kitorang diberi taklimat tentang Felcra di mana kami diberitahu di awal penubuhannya matlamat asal adalah untuk mengeluarkan benih padi sahaja gara-gara kekurangan bekalan dari pihak Jabatan Pertahian Malaysia. Pada masa ini, FELCRA Behad adalah pengeluar beras terbesar di Malaysia dan kualiti berasnya juga adalah yang terbaikdi negara kita. FELCRA Berhad juga telah memenangi beberapa anugerah bertaraf antarabangsa. 



Felcra Berhad menggunakan Gyrocopters, sebuah pesawat ringan yang digunakan untuk menyembur racun dan baja. Canggih, kan tak payah susah-susah untuk pergi menyember ke apa, kan hehe. Teknologi terkini tu adalah teknologi dari negara Sweeden. 



Kaedah menanam benih padi sekarang adalah dengan menggunakan mesin kubuto yang boleh menanam sehingga 3,000 ekar benih padi sehari. So tak payah menggunakan tenaga buruh yang ramai. Lebih jimat dan lebih produktif. 



Felcra Berhad juga mempunyai koperasi untuk kemudahan peserta pesertanya membeli barang keperluan dan sebagainya. Bukan barang biasa biasa ada dalam ni. Macam-macam ada! 



Ramai tak tahu yang Felcra jugak sebenarnya ada membina dan menjual rumah kepada generasi kedua Felcra dengan harga yang amat berpatutan daripada RM50,000 hingga RM140,000. Cantik dan comel je rumah diorang. Ada berniat nak beli tapi ada abang tu cakap kena kahwin dengan peserta Felcra atau warisnya. Ada tak sini? Hihi. 



Aktiviti terakhir ialah makan tengahari bersama Peserta Konvoi dan Peserta Felcra. Makan banyak sangat waktu ni sampai lupa nak jaga badan hehe. Sedap sedap belaka makanan ala kampung ni. 



Selain dari itu slogan terbaru Felcra Perak turut di lancarkan iaitu Produktif, Efisien, Responsif, Amanah dan Kebajikan. Lepas tu kami turut diberi cenderahati sebagai tanda penghargaan oleh CEO Felcra Berhad YBhg Encik Zulkarnain bin Md Eusope. 

Rupanya banyak jasa Felcra Berhad ni ... Menjulang nama Malaysia ke persada antarabangsa melalui pengiktirafan antarabangsa yang diterimanya. Semoga usaha murni Felcra Berhad berterusan lebih maju dan berjaya di masa akan datang. 

Okay rasanya dh habis berkongsi dengan korang semua pasal Felcra Berhad ni. Thanks baca!











4 comments:

  1. Momi here! First time jumpa Aiman kat event Felcra ni haha. Good job dan teruskan menulis okay :D

    baca Momi punya juga : http://www.rafzantomomi.com/2016/10/konvoi-kembara-media-felcra-berhad-50.html

    ReplyDelete
  2. LeYa masuk sini juga... LeYa pun first time jumpa Aiman.. Kipidap n teruskan menulis dgn jayanya...

    ReplyDelete